Anakku Nampak ‘Annoying’ Tetapi Sebenarnya itulah Anak yang Bijak

ANAK ANOYYING

Pernah tak anda memerhatikan kelakuan anak yang berusia dua hingga enam tahun? ada saje soalan yang ditanyakan. Kadangkala anda tak terfikir Si Manja akan bertanyakan soalan sebegitu. BetulKan ?

Mungkin setelah membaca artikel ini, anda akan lebih kenali Si Manja anda. Walaupun anda sibuk dengan bermacam urusan, cuba ambil masa untuk memerhati dan mengenali kelakuan Si Manja anda. Ia penting untuk anda membantu mereka supaya membesar sebagai anak yang lebih cemerlang di masa depan.

Berikut adalah beberapa tingkah laku biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak lingkungan usia tersebut. Cuba perhatikan, adakah sama dengan anak anda?

1. Suka tanya banyak soalan

“mama, kenapa awan tu tak bergerak ? ”

“papa, kenapa limau warna oren ? ”

Pernah lalui perkara ini ? Mama dan Papa jangan cepat marah ye, itu tandanya Sel-sel otak Si Manja anda sedang ligat berfikir. Banyak bertanya soalan bermaksud mereka sedang belajar banyak perkara.

2. Suka berlari dan melompat

Itu maksudnya Si Manja seorang yang aktif dan ceria. Ada banyak perkara di sekelilingnya yang hendak diterokai. Bawalah Si Manja buat aktiviti di padang yang luas supaya dia bebas meneroka dengan berlari dan melompat dalam persekitaran yang selamat.

3. Suka menyepahkan rumah

Tingkah laku menyepah bukan terhad kepada permainannya sendiri tetapi juga barang-barang rumah seperti mangkuk, sudu, cawan plastik di dapur, tudung ibu, sapu tangan atau pakaiannya sendiri dan bermacam lagi. Itu sebenarnya petunjuk yang Si Manja seorang yang kreatif ketika bermain. Otaknya kreatif berfikir di luar kotak. Mungkin dia bosan dengan mainan yang sama, jadi dia membuat mainan sendiri menggunakan barangan di persekitarannya/

4. Suka bercakap sendiri

Jangan cepat panik dan anggap Si Manja bercakap dengan makhluk halus. Sebenarnya itu adalah tingkah laku kanak-kanak normal. Mereka sedang berimaginasi dalam dunia sendiri. Imaginasi membantu kanak-kanak menjadi seorang yang kreatif dan inovatif.

5. Tak boleh duduk diam

Mungkin Si Manja boleh bagi dia buat aktiviti seperti melukis, mewarna, bermain lego untuk membolehkan Si Manja duduk diam seketika.

6. Kuat menangis

Adakah Si Manja anda jenis macam itu? Mungkin dia jenis anak yang suka diberikan perhatian. Cuba luangkan lebih masa dengan anak dan layan segala kemahuannya bermain bersama. Dalam masa yang sama pujuk dan beritahu Si Manja supaya jangan suka menangis kerana ibu/ayah sentiasa ada bersamanya.

7. Bercakap pelat

Jangan ketawakan Si Manja yang bercakap pelat nanti dia ingatkan itu perkara yang lucu. Layan percakapannya tetapi dalam masa yang sama betulkan kesilapan perkataan pelat yang diucapkan.

8. Tak boleh berenggang

Mungkin Si Manja pernah melalui pengalaman ditinggalkan oleh anda (pergi kerja) tanpa memberitahunya. Jadi, Si Manja takut akan ditinggalkan lagi membuatkan dia tak mahu berenggang dengan anda. Cuba tenangkan anak dan selalu beritahunya ke mana anda pergi. Lama-kelamaan Si Manja akan faham dan tidaklah asyik hendak ‘melekat’ sahaja.

9. Suka main lawan-lawan

Biasanya ini berlaku di kalangan anak lelaki. Tingkah laku ini dipengaruhi oleh hasil kekerapan mereka menonton rancangan kartun yang banyak aksi berlawan dan bergaduh. Cuba pantau apa yang Si Manja tonton dan mungkin perlu kurangkan kekerapannya. Sebaliknya salurkan keaktifan dan minat mereka berlawan dengan menyertai aktiviti taekwando dan sebagainya.

 10.Menconteng dinding rumah

Puas membebel dan melarang tetapi anak tetap suka membuat hasil karyanya di dinding rumah. Siapa tak angin tapi jangan larang minat dan kreativitinya. Sebaliknya korbankan sedikit ruang dinding rumah anda sebagai tempat khas untuk Si Manja menconteng apa sahaja. Boleh juga letakkan Kertas Mahjong atau Kad Manila Anda boleh menjadi kreatif dalam soal mengubahsuai dekorasi kediaman.

Sebenarnya terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak masing-masing. Walaupun mereka nampak ‘nakal’ dan sukar dikawal tetapi kadangkala kreativiti anda dalam mendidik boleh menjadikan mereka anak yang bijak dan pintar di masa hadapan. Yang penting salurkan tingkah laku yang ‘annoying’ tersebut ke arah yang betul.

 

Rujukan : MajalahPaMa.my

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *