4 Cara Rangsang Otak Anak

Picture7

Otak adalah organ terpenting yang dalam tubuh badan. Perkembangan otak si manja sebenarnya bermula sejak di alam rahim lagi sehingga mencecah usia tiga tahun. Minda bayi mempunyai anggaran 100 bilion sel otak.  Sel ini tidak terhubung antara satu sama lain sehinggalah mencecah usia lapan bulan sebanyak kira-kira 500 trilion sinaps (hubungan antara sel otak) berlaku. Makanan kaya DHA mampu meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran yang lebih baik.

 

Penglihatan cekap

Penglihatan adalah jendela minda. Kematangan dan perkembangan sistem visual iaitu retina dan minda menerusi rangsangan dan nutrien pada tahun-tahun awal boleh mencetuskan potensi maksimum. Justeru, diet yang seimbang memainkan peranan penting. Penglihatan tajam membantu adik untuk melihat dengan jelas, menguatkan daya ingatan, menyerap pelajaran dengan cepat,dan koordinasi mata-tangan. Caranya rangsangan penglihatan ialah dengan :

  • Galakkan anak memerhati warna dan objek di sekeliling.
  • Adakan sesi membaca buku yang mempunyai gambar dan reka letak yang berwarna-warni  Biarkan anak menerangkan tentang warna dan imej yang dilihat.
  • Permainan seperti blok kayu, tanah liat, manik dan mewarnakan boleh meningkatkan koordinasi mata-tangan adik.

 

Pertuturan

Kemahiran berbahasa berkait rapat dengan pemahaman perkataan, perbendaharaan kata, kepetahan berkomunikasi dan keupayaan lisan adalah penguasaan yang . Pertambahan tatabahasa dan penggunaan perkataan yang sesuai dalam percakapan meningkatkan keupayaan IQ yang akan memudahkan proses pembelajaran. Caranya rangsangan yang boleh dilakukan ialah dengan :

  • Berkomunikasi dengan lebih kerap dan sentiasa cetuskan perbualan dengan si manja.
  • Baca buku bersama dan ulaslah apa yang telah dibaca.
  • Jangan berasa penat untuk jawab soalan yang dikemukakan oleh anak.
  • Ajak anak main peranan (berlakon), menyanyi atau bercerita.

 

Intelektual

Si cilik yang bijak mampu memahami atau mempelajari sesuatu dengan cepat. Hal ini berkait rapat dengan daya ingatan , tumpuan, perancangan dan penaakulan yang baik. Mereka juga mampu memahami logik dengan mudah. Intelektual terdiri daripada IQ dan EQ yang memberikan gabungan yang lengkap dan meningkatkan kecenderungan untuk berjaya dalam kehidupan dan pelajaran. Caranya rangsangan ialah dengan :

  • Dedahkan dengan perbualan yang membantu minda mencipta hubung kait antara fakta yang diperkatakan serta penggunaan basa lebih baik.
  • Permainan bersifat penyelesaian masalah dan memerlukan strategi mampu meningkatkan tumpuan, persepsi, kecekapan penaakulan dan mengembangkan daya intelek.
  • Membaca boleh bantu adik menambah kapasiti intelektual dengan berfikir, menganalisis dan kreativiti.

 

Selesaikan masalah

Kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan fungsi otak iaitu termasuklah daya pemikiran kompleks, minda analitis, pemerhatian, pemahaman logikal dan rasional. Hal ini merangkumi perancangan, daya ingatan serta daya tumpuan. Si manja perlu didedahkan kepada cara menyelesaikan masalah dalam melakukan sendiri rutin harian yang melibatkan kaedah trial and error dan kesungguhan menyelesaikan masalah sendiri. Caranya rangsangan ialah dengan :

  • Beri galakan supaya berdikari.
  • Berikan panduan bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar mereka berasa yakin.
  • Jangan mendesak. Berikan masa untuk mereka menyelesaikan masalah sendiri.
  • Beri tugas yang sesuai dengan usia lima hingga enam tahun iaitu mengemas mainan selepas bermain, memasukkan pakaian kotor ke dalam bakul atau meletakkan pinggan mangkuk ke dalam sink selepas makan.
  • Puji dan raikan kejayaan mereka menyelesaikan sesuatu masalah sendiri.

Rujukan : MajalahPaMa

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *