5 MAKANAN PERLU DIELAKKAN BAGI IBU HB RENDAH

Picture1

Istilah Hb rendah sinonim bagi wanita hamil kerana ramai wanita yang hamil mengalami situasi kesihatan ini. Hb rendah atau anemia terjadi apabila darah ibu mengandungi sel darah merah atau kuantiti hemoglobin-Hb molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa.

Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisubadan ibu dan bayi.Ibu hamil hendaklah menjaga pemakanan ketika hamil supaya badan akan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Berikut adalah makanan yang perlu dielakkan bagi ibu yang mengalami Hb rendah atau anemia.

Picture2

1.Elakkan mengambil teh, kopi, kalsium, produk tenusu seperti susu dan antasid yang digunakan untuk melegakan gastritis dan juga bijirin penuh bersama dengan zat besi kerana ia mengurangkan penyerapan zat besi di dalam saluran pemakanan.

Picture3

2.Walaupun bijirin penuh merupakan sumber yang baik untuk zat besi itu sendiri, namun ia mengandungi asid phytic, yang boleh mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan dan pil lain. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas makanan ini sebelum mengambil makanan tambahan dan zat besi anda.

Picture4

3.Jauhi makanan masam yang boleh melemahkan badan.

Picture5

4.Elakkan hydrotreated vegetable oil (HVO) atau minyak goreng kitar semua kerana ia memberatkan lagi keadaan anemia akibat gangguan edaran darah dan oksigen rendah.

Picture6

5.Hindari makanan banyak kimia, refined foods, makanan ringan yang kurang berzat.

Rujukan : Majalah PAMA

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *