Awas ! Ibu Bapa Perlu Berwaspada Jika Anak Anda Sampai Tahap Obesity !

Orang dewasa yang obes harus mengurangkan berat badan. Kanak-kanak obes pula perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran (berat kekal semasa tinggi sedang bertambah). Ini boleh memperbaiki semula kesihatan kanak-kanak obes.

Masalah Kesihatan Berkaitan Dengan Obes Boleh Dikurangkan Dengan Tabiat Makan Yang Baik Dan Senaman Yang Kerap.

 

Bagaimana Mengatasi Masalah obes pada kanak-kanak !!

Kegiatan fizikal setiap hari, selama sekurang-kurangnya 1 jam

Ini berkesan untuk mengawal berat badan dan mengurangkan risiko penyakit, di samping meningkatkan kekuatan otot. Kanak-kanak patut terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal yang menyenorokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang selepas makan malam. Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau terlalu memenatkan. Senaman yang baik sepatutnya melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot. Untuk kanak-kanak pra sekolah, permainan di taman permainan atau aktiviti diluar rumah perlu digalakkan.

Sokongan dan minat ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak mereka 

Aktiviti yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan menggunakan satu carta. Pujilah mereka sekiranya mencapai matlamat. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.
Hadkan aktiviti sedentari, iaitu tidak boleh melebihi 2 jam sehari 
Video atau wayang, permainan video, aktiviti komputer). Ini tidak termasuk ulangkaji dan kerja sekolah. Elakkan penggunaan lif dan lebihkan penggunaan tangga.
Galakkan kanak-kanak makan 5 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari
Hiaskan pinggan makan untuk kanak-kanak dengan pelbagai warna menggunakan tomato, brokoli, jagung, karot, ubi kentang dan kacang hijau. Hidangkan buah-buahan segar seperti tembikai, belimbing, limau dan elakkan jus.
Makan mengikut masa, iaitu untuk sarapan pagi, tengahari dan malam  
Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak akan berasa terlalu lapar menyebabkan terlebih makan kemudian.Makan sarapan pagi, tengahari dan malam di rumah bersama ahli keluarga.

Elakkan makan sambil menonton televisyen

Jangan meletakkan televisyen di bilik tidur anak
Sumber Rujukan :
MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Ikhlas dari kami:
Admin
Kelab Famili Suffy
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *