12 kesan Akibat Penggunaan Telefon Pintar Yang Kerap Sejak Kecil

JIKA dahulu sebelum zaman telefon pintar diperkenalkan, ibu bapa ‘diamkan’ anak-anak kecil dengan pelbagai jenis mainan.

Kini, sudah berbeza apabila ibu bapa gemar memberikan telefon pintar ataupun tablet khas untuk anak-anak supaya tidak menganggu keadaan atau berbuat bising.

Baru beberapa bulan dilahirkan di dunia, sudah didedahkan dengan telefon pintar dengan menonton video, mendengar muzik ataupun sebarang permainan.

Alasan lain ibu bapa memberi anak mereka telefon pintar adalah demi membahagiakan anak dengan memberikan dia hadiah gajet pada hari lahirnya, juga mengisi gajet tersebut dengan pelbagai jenis permainan, video, aplikasi pembelajaran.

1. Sukar Tidur

Telefon pintar membuatkan si kecil sukar tidur, kerana hampir semua layar mengeluarkan blue light  yang menyerupai siang hari. Cahaya tersebut dapat menghantar isyarat pada otak anak dan menyebabkan kebingungan pada tubuh manusia.  Pada waktu malam, anak menjadi sukar tidur, disarankan agar anak-anaktidak bermain dengan aktiviti membaca buku bersama-sama, atau menceritakan kisah dongeng-dongeng  yang bermanfaat.

2.Kurang Begerak

Sudah menjadi kebiasaan seorang anak untuk terus bergerak, berlari, melompat, menari dan bermain untuk membantu pertumbuhan fizikal yang sihat dan juga kuat. Namun anak-anak sekarang terlalu  selesa bermain gajet yang sudah pasti hanya duduk diam, dan ini tentu memiliki kesan buruk buat anak. Jika berterusan , anak boleh menjadi obesiti. Oleh itu disarankan agar ibu bapa moden lebih kerap membawa anak-anak melalukan aktiviti fizik seperti bermain bola, berenang ,  basikal, atau kegiatan lain yang membuat mereka banyak bergerak.

3. Gangguan pada mata

Terlalu kerap menatap layar skrin menyebabkan mata jadi suram, kering dan kerap sakit kepala. Walaupun belum ada laporan rasmi layar skrin menyebabkan kerosakan mata. Disarankan mengajar anak-anak untuk menjaga jarak pandangan antara mata dan juga layar, selain aturan terang dan gelapnya, jangan terlalu terang, dan suruh anak untuk beristirehat setiap 10-20 minit sekali.

4. Letih/Sakit

Terlalu lama bermain telefon pintar menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh, seperti pada bahu, leher, punggung, tangan dan jari. Ajar anak untuk beristirehat dan ajarkan juga mereka posisi duduk yang baik dan posisi gajet jangan sampai lebih tinggi dari mata. Ini mengurangi kesan pada leher kerana terlalu lama mendongak.

5. Konsentrasi jadi pendek

Terlalu lama menggunakan gajet dapat membuat seseorang sukar fokus dalam jangka waktu lama pada sesuatu. Oleh itu, disarankan berlatih tanpa terus-menerus memanfaatkan gajet. Ini demi kesihatan dan juga masa depan anak tercinta.

6. Kemampuan bersosial berkurang

Pengguna gajet tetap mampu untuk bersosial dengan melakukan hubungan melalui pelbagai aplikasi yang ada. Namun anak-anak juga perlu untuk memiliki kemampuan membaca emosi orang lain, caranya dengan melakukan interaksi langsung dengan bersua muka. Itu sebabnya, batasan waktu dalam penggunaan gajet adalah jalan keluar terbaik untuknya.

7. Rasa cemas yang berlebihan

Apabila anak sudah cukup besar, waspada kegiatan mereka di sosial media. Ada banyak sekali perkara yang mereka lihat, termasuk perkara yang buruk. Salah satunya adalah, berkemungkinan mereka cenderung membandingkan dirinya dengan kawan-kawan yang mereka lihat di sosial media, atau mereka sangat sibuk berusaha untuk membuat orang lain memberikan like atau komen. Sayang sekali jika usaha mereka hanya dihabiskan untuk hal tersebut. Oleh sebab itu, peranan sebagai ibu bapa untuk mengawasi anak di sosial media jadi sangat penting, lakukan diskusi dengan anak tentang cara-cara bersosial media, seperti bagaimana menanggapi apa yang dilihatnya, jangan sampai terlalu berlebihan memberi respon, jangan juga sampai mengejek orang lain, atau menghakimi kawan-kawannya yang akhirnya menimbulkan masalah dalam hubungan berkawan.

Ada baiknya membahaskan tentang beberapa hal yang harus diperhatikan sebelum menulis di sosial media dengan mereka.

8. Gangguan mental

Rasanya tidak mungkin anak-anak yang masih berusia sangat muda mampu mengalami gangguan jiwa. Tetapi, kajian menyimpulkan penggunaan teknologi yang berlebihan berpotensi menjadi penyebab depresi pada anak, kurang konsentrasi, cemas, autism, bipolar, serta perilaku bermasalah yang lain.

9. Perilaku agresif

Media komunikasi yang sekarang makin tidak terkontrol terkadang menyuguhkan aksi kekerasan yang dapat menyebabkan anak menjadi lebih agresif. Ditambah kini banyak media maupun video game yang menampilkan perilaku-perilaku tindak kekerasan fisik dan seksual. Amerika Serikat sendiri bahkan memasukkan bentuk kekerasan dalam media sebagai sebuah risiko kesehatan masyarakat karena pengaruh negatifnya terhadap anak-anak.

10. Jadi pelupa

Pelbagai bentuk teknologi media memproses informasi dengan sangat cepat. Akibatnya, anak terlalu cepat dalam memproses informasi, mereka malah cenderung jadi kurang fokus serta daya ingatnya menurun. Apabila anak-anak tidak dapat fokus, kesan samping pada mereka ketika belajar.

11. Jadi ketagih

Ibu bapa yang terbiasa hidup dengan gajet, membuat anak rasa tidak diperhatikan dan asyik sendiri dengan telefon pintar atau tablet. Hal tersebut menjadi kebiasaan dan mampu menimbulkan ketagihan terhadap gajet. Kajian Gentile menyatakan, 1 dari 11 anak-anak yang berusia antara 8-18 tahun mengalami ketagihan teknologi gajet.

12. Radiasi

Telefon selular mengeluarkan radiasi yang berbahaya untuk kesihatan. Anak-anak yang kerap bermain dengan gajet berisiko terdedah radiasi tersebut. Padahal, sistem kekebalan tubuh dan otak mereka sedang dalam masa pertumbuhan. Sayang seribu kali sayang.

Jadi mulai saat ini diharapkan ibu bapa sebaiknya jangan terlalu menganggap remeh gajet pintar yang digunakan anak yang tercinta.

Penggunaan tanpa pengawasan dan panduan ibu bapa juga merugikan anak itu sendiri.

Sumber Rujukan

MYNEWSHUB

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *