PERANCANGAN PEMAKANAN

Sebetulnya, kita semua sibuk. Malah, memasak pun sudah ‘kehabisan’ menu untuk keluarga. Asyik-asik lauk-pauk yang sama sahaja. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlulah merancang, menulis dan mengatur jadual makan untuk keluarga kita. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti :

  • Rancang dan buat jadual untuk seminggu Merancang memang memerlukan usaha. Gagal sesuatu pekara kerana kita gagal merancang. Anda perlu bijak mencari dan mencuri masa untuk duduk seketika dan berfikir. Percayalah, merancang membuatkan kehidupan kita lebih mudah dan teratur. Akhirnya kita, anak-anak dan keluarga yang akan mendapat manfaatnya.
  • Tulis – Anda perlu tulis resepi yang bersesuaian. Senarai pendekkan makanan yang berkhasiat, mudah dan menyelerakan buat keluarga anda.
  • Cuba – Luangkan masa untuk membeli buku resepi dan cuba untuk memasak resepi tersebut. Perhatikan resepi yang menjadi pilihan dan kegemaran keluarga anda. Kena pasti makanan kegemaran anak-anak dan semestinya si suami juga. Tanyalah anak-anak dan suami untuk sama-sama member idea dan membelek buku resepi bersama. Buat dan atur jadual pemakanan bersama keluarga lebih menyeronokkan dan mengeratkan hubungan kasih sayang
  • Sejuk bekukan – Sesetengah makanan boleh di sejuk bekukan. Bila  tiba hujung minggu, masaklah makanan dalam kuantiti yang banyak. Contohnya makanan bayi, lauk ayam dan daging. Sayur tidak boleh dibekukan. Ini memudahkan hidup ramai wanita khususnya mereka yang berkerja. Hanya panaskan  sahaja. Manakala bagi mereka yang pembantu rumah masak. Simpan makanan dalam bekas kedap udara  yang cukup untuk sekali makan. Bincang dengan pembantu rumah anda dan belikan mereka buku masakan supaya masakan  dapat dipelbagaikan. Menyediakan jenis makanan yang sama menyebabkan anak-anak tidak menikmati diet yang pelbagai dan beraneka jenis. Mereka akhirnya akan gemarkan satu jenis makanan sahaja dan menjadi sangat cerewet. Jadi, cubalah makanan yang berlainan pada setiap waktu makan
  • Jadual Makan
  • Pyramid Makanan Malaysia

Pyramid makanan adalah direka untuk menjadikan satu rujukan makanan yang lebih sihat bagi semua orang . Objektif  untuk ini adalah bagi semua orang mengamalkan pemakanan dengan nutrisi yang seimbang bagi badan kita setiap hari supaya kita boleh berada dalam gaya hidup sihat selalu.

Makanan yang sihat adalah tentang mendapatkan jumlah nutrien yang betul protein, lemak, karborhidrat, vitamin dan mineral yang anda perlukan untuk menjaga kesihatan dalam keadaan yang baik.                                      

Anda juga boleh jadikan pyramid makanan  sebagai rujukan pemakanan seharian anda dan keluarga supaya menjadi lebih sihat dan teratur.

Sumber : Pusat Maklumat Pemakanan

Kementerian Kesihatan Malaysia

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *