4 Cara Rangsang Otak Anak

Picture7

Otak adalah organ terpenting yang dalam tubuh badan. Perkembangan otak si manja sebenarnya bermula sejak di alam rahim lagi sehingga mencecah usia tiga tahun. Minda bayi mempunyai anggaran 100 bilion sel otak.  Sel ini tidak terhubung antara satu sama lain sehinggalah mencecah usia lapan bulan sebanyak kira-kira 500 trilion sinaps (hubungan antara sel otak) berlaku. Makanan kaya DHA mampu meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran yang lebih baik. Read more

5 MAKANAN PERLU DIELAKKAN BAGI IBU HB RENDAH

Picture1

Istilah Hb rendah sinonim bagi wanita hamil kerana ramai wanita yang hamil mengalami situasi kesihatan ini. Hb rendah atau anemia terjadi apabila darah ibu mengandungi sel darah merah atau kuantiti hemoglobin-Hb molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa.

Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisubadan ibu dan bayi.Ibu hamil hendaklah menjaga pemakanan ketika hamil supaya badan akan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Berikut adalah makanan yang perlu dielakkan bagi ibu yang mengalami Hb rendah atau anemia. Read more

Anakku Nampak ‘Annoying’ Tetapi Sebenarnya itulah Anak yang Bijak

ANAK ANOYYING

Pernah tak anda memerhatikan kelakuan anak yang berusia dua hingga enam tahun? ada saje soalan yang ditanyakan. Kadangkala anda tak terfikir Si Manja akan bertanyakan soalan sebegitu. BetulKan ?

Mungkin setelah membaca artikel ini, anda akan lebih kenali Si Manja anda. Walaupun anda sibuk dengan bermacam urusan, cuba ambil masa untuk memerhati dan mengenali kelakuan Si Manja anda. Ia penting untuk anda membantu mereka supaya membesar sebagai anak yang lebih cemerlang di masa depan.

Berikut adalah beberapa tingkah laku biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak lingkungan usia tersebut. Cuba perhatikan, adakah sama dengan anak anda? Read more

Najis Bayi Tidak Normal ?

Antara soalan yang sering ditanya oleh para ibu–bapa adalah mengenai kekerapan yang normal bagi pembuangan najisdalam bayi dan kanak-kanak serta konsistensi dan warna najis. Ciri –ciri najis serta frekuensi pembuangan najis mungkin dapat memberikan indikasi tahap kesihatan kanak-kanak/bayi tersebut. Adalah penting untuk mengetahui bahawa ciri-ciri najis juga bergantung kepada pemakanan, tahap penghidratan, keadaan emosi, ubat-ubatan […]

info 2

tesst

info 1

test

BAHAYAKAH BAYI JAUNDIS ATAU DEMAM KUNING ?

Demam Kuning

BAHAYAKAH BAYI JAUNDIS ATAU DEMAM KUNING?

Biasanya bayi yang menghidap demam kuning dilahirkan dengan hemoglobin tinggi dan hati yang belum matang. Terdapat juga masalah serius yang berkaitan dengan hati, usus kecil atau kelainan pada usus. Bayi yang kurang diberikan susu ibu juga boleh terdedah kepada penyakit kuning. Selain itu penyakit kuning boleh disebabkan oleh jangkitan atau kelahiran yang trauma. Ada kalanya demam kuning pada bayi disebabkan ibu yang mengambil jamu atau herba secara berlebihan.

Bagaimanapun jika warna kuning pada bayi berterusan, ibu bapa dan penjaga perlu membawa bayi mereka ke hospital atau klinik kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Dalam kebanyakan kes demam kuning atau dalam istilah perubatan, jaundis, ia tidak berbahaya dan boleh hilang secara semula jadi dengan penjagaan rapi seperti memberikan bayi susu ibu sekerap mungkin.

201702136263702

Jika bayi masih kuning dalam tempoh satu hingga dua minggu, jangan ambil ringan kerana dalam kes tertentu jaundis boleh membahayakan kesihatan dan menjejas pertumbuhan bayi dan memerlukan pemerhatian rapi daripada pakar perubatan. Kira-kira 60 hingga 70 peratus bayi yang baru dilahirkan dengan demam kuning dan satu pertiga daripadanya hanya memerlukan rawatan fototerapi dan kekerapan pemberian susu ibu untuk pulih seperti biasa. Definisi demam kuning yang visible atau kelihatan adalah kuning pada mata, muka, leher bermula dari kepala dan turun hingga ke kaki.

Demam kuning berlaku apabila bilirulin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah. Biasanya jaundis berlaku dari hari pertama hingga keempat tetapi bergantung pada jenis demam kuning. Jika selepas 14 hari bayi tidak ada tanda-tanda demam kuning, mungkin bayi terselamat daripada terkena penyakit utama bayi baru lahir. Bilirubin adalah bahan yang terdapat dalam sel darah merah manusia. Bilirubin dirembeskan oleh hati yang mempunyai peranan penting dalam sistem pencernaan. Kandungan bilirubin tinggi boleh disebabkan oleh pemecahan sel darah merah yang membebaskan bilirubin atau terdapat masalah dalam sistem hati serta salurannya.

54793729 - liver info-graphics. set of icons and charts for healthcare info graphic. medical data about human liver

Faktor Darah Berlainan

Antara faktor yang menyebabkan demam kuning pada bayi adalah masalah darah ABO atau ABO incompatible iaitu darah ibu dan anak tidak sama O. Biasanya apabila darah ibu jenis O tetapi anak bukan O. Begitu juga apabila perbezaan dalam jenis darah Rh-ve dan Rh+ve.

Demam kuning pada bayi baru lahir mungkin bahaya dan tidak bergantung kepada jenis bilirubin, masa dan tempoh bayi didapati kelihatan kuning dan tahap bacaan bilirubin dalam darah. Biasanya warna kuning pada bayi mula kelihatan pada usia dua hingga tiga hari setelah dilahirkan. Bayi menjadi kuning kerana proses semula jadi yang berlaku secara perlahan-lahan, iaitu tubuh bayi akan membuang semua sel darah merah lama yang digunakan dalam kandungan ibu dan digantikan dengan sel darah merah baharu.

Faktor fungsi hati yang belum benar-benar matang juga turut menyumbang kepada keadaan kuning. Bilirubin yang terkumpul dalam darah akan dinyahkan daripada badan melalui najis dan air kencing bayi. Jadi adalah sangat penting untuk memastikan bayi terus diberi susu badan secukupnya dan bayi membuang air kecil dan besar.

Walaupun biasanya warna kuning pada bayi adalah normal, tetapi paras bilirubin yang terlalu tinggi akan mengubah keadaan menjadi tidak normal. Tahap bilirubin daripada sel darah merah yang terlalu tinggi adalah toksik kepada sel otak. Ini adalah sangat berbahaya kerana otak merupakan pusat kawalan seluruh badan. Dalam kes-kes yang tertentu boleh menyebabkan kecacatan kekal pada sistem otak atau hati sehingga menyebabkan pemindahan hati.

Jaundis Tidak Normal Jika:

  1. Warna kuning pada bayi hadir terlalu awal atau kelihatan dalam tempoh beberapa jam selepas kelahiran
  2. Tahap bilirubin terlalu tinggi
  3. Bayi kelihatan kuning dan terdapat tanda lain seperti air kencing berwarna pekat serta tinja (najis) kelihatan ‘pucat’ – menandakan ada masalah dalam sistem saluran hati.

Jika komponen bilirubin yang tinggi adalah daripada komponen berkaitan dengan hati (conjugated bilirubin) – hal ini dapat ditentukan oleh doktor daripada keputusan darah. Jaundis mungkin disebabkan oleh jangkitan atau masalah kesihatan yang lain.

Jenis Rawatan:

  1. Lampu UV (ultraviolet)
  2. Proses pertukaran darah dikenali sebagai exchange transfusion.

201702139614810

 

Kaedah rawatan bergantung kepada tahap bilirubin di dalam darah. Kepekaan ibu bapa dan sikap tidak berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan sememangnya sangat penting dalam pencegahan keadaan demam kuning yang berbahaya.

Rujukan : KelabMama.Com

Lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke Kilang Suffy

Picture8

 

IPOH:Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) merupakan satu bentuk usaha bagi meningkatkan bilangan serta keupayaan eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera yang berpontensi menembusi pasaran antarbangsa.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),Datuk Ahmad Maslan ia merupakan kerjasama kerajaan melalui SME Corp Malaysia dengan kerjasama MARA dengan menyediakan geran dan pinjaman kepada syarikat yang layak.

“Setiap syarikat yang layak untuk menerima geran berjumlah RM500,000 dan RM5juta pinjaman.

“Geran yang layak dipohon di bawah program GEB ini adalah untuk penubuhan pejabat operasi di luar negara, aktiviti promosi dan pemasaran di luar negara, pembangunan jenama, kajian pasaran dan lain-lain lagi,” katanya dalam satu sidang media sejurus lawatannya ke dua syarikat PKS bumiputera Perak.

Tambahnya lagi, agensi dibawah Miti seperti MATRADE turut menyediakan pelbagai bantuan dan program kepada usahawan-usahawan bumiputera untuk menembusi pasaran eksport.

Terdahulu beliau melawat dua syarikat PKS bumiputera Perak iaitu syarikat WS Pottery Sdn Bhd pengeluar dan pengeksport produk seramik dan syarikat My Suffy iaitu pengeluar produk susu formula bayi.

“Syarikat WS Pottery yang teletak di Chepor telah mengeksport produk mereka ke negara Amerika Syarikat dan United
Kingdom dengan jualan pada tahun 2016 mencecah sebanyak RM1.5 juta.

“Manakala Syarikat My Suffy juga telah mengeksport produk mereka ke Brunei dengan jualan terkini mencatatkan RM7.5juta dan juga merupakan penerima bantuan geran BEEP Negeri Perak dari eSME Corp Malaysia.

Jelasnya ia membuktikan bahawa PKS bumiputera mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa sekiranya dibantu secara bersepadu dan komprehensif oleh agensi-agensi kerajaan.

Turut hadir bersama dalam lawatan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Datuk Samsudin Abu Hasan dan Pengarah SME Corp Malaysia Negeri Perak,Mohamad Rozlan Mohamad Razalli.

PKS Bumiputera disaran supaya merebut peluang mengembangkan pasaran eskport mereka menerusi bantuan dan saluran disediakan pihak agensi Miti.