Terma dan Syarat Keahlian Kelab Famili Suffy

  1. Suffy Dairy Group Sdn Bhd (“Suffy Dairy”) mempunyai hak untuk menolak permohonan keahlian (“keahlian kelab”) Kelab Famili Suffy (“kelab”) yang tidak mengikuti keperluan Suffy Dairy. Keahlian kelab terbuka ibubapa yang mempunyai anak-anak yang berusia setahun hingga 6 tahun.
  2. Untuk pendaftaran menerusi www.suffy.com.my (“Laman Web”), berikan masa selama 3-4 hari bekerja untuk pengaktifan keahlian kelab. Tiada platform yang lain digunakan untuk pendaftaran kelab.
  3. Dengan mendaftar menjadi ahli kelab, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
  4. Bukti pembelian produk Suffy Dairy tidak diperlukan untuk mendaftar menjadi ahli kelab.
  5. Suffy Dairy tidak memberikan atau membuat apa-apa jaminan atau mewakilkan secara hormat kepada mana-mana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sebagai faedah kelab.
  6. Suffy Dairy tidak akan mengambil mana-mana tanggungjawab atau liabiliti untuk produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan sebagai sebahagian faedah kelab dan keistimewaan. Produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan dan/atau yang disediakan mutlak oleh rakan kerjasama yang mengambil bahagian, di bawah terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh rakan kerjasama yang mengambil bahagian.
  7. Terdapat faedah kelab yang mungkin berbentuk baucer bernilai tunai yang hanya sah digunakan di outlet rakan kerjasama/bukan rakan kerjasama yang mengambil bahagian seperti yang dinyatakan di dalam komunikasi pengenalan faedah kelab dari Suffy Dairy. Baucer ini sah digunakan sehingga tarikh yang telah dinyatakan dan tertakluk pada terma dan syarat yang telah dinyatakan. Sekiranya baucer ini tidak digunakan sehingga tempoh sah berakhir, faedah kelab ini akan terluput dan tidak akan diganti. Tiada bayaran balik untuk nilai yang tidak digunakan di dalam baucer yang dinyatakan, atau mana-mana pemindahan/penggunaan kepada program/faedah yang lain atau penukaran kepada wang tunai.
  8. Kesemua nama-nama produk, nama syarikat, tanda-tanda, logo-logo dan simbol-simbol atau tanda dagangan yang muncul dalam bentuk apa pun dalam komunikasi pengenalan apa- apa faedah kelab dari Suffy Dairy adalah hak milik intelektual kepunyaan pemilik masing-masing dan Suffy Dairy tidak menyatakan perhubungan, perkaitan atau mempunyai urusan perniagaan dengan mana-mana pemilik atau pemegang lesen mereka selain daripada tujuan kerjasama menyediakan faedah kelab yang releven.
  9. Setiap faedah kelab adalah dimaksudkan untuk ahli kelab. Faedah ini tidak boleh di kongsi, disalin atau dipindahkan atau ditukarkan dengan apa-apa yang bernilai.
  10. Setiap keahlian kelab mungkin akan berlainan bergantung kepada saluran pendaftaran, lokasi, kaedah penghantaran dan waktu pendaftaran, seperti yang ditetapkan Suffy Dairy  mengikut budi bicara mereka dari masa ke semasa.
  11. Suffy Dairy tidak akan bertanggungjawab atau dipersalahkan dalam apa cara sekalipun untuk mana-mana aduan, pertikaian, kerosakan atau kecacatan yang timbul dari atau mana-mana cara yang berkaitan kepada mana-mana produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh rakan kerjasama yang mengambil bahagian.
  12. Suffy Dairy mempunyai hak untuk meminda, menambah atau memadam mana-mana terma dan syarat ini dari masa ke semasa, tanpa notis terlebih dahulu. Sila rujuk kepada Laman Web untuk kemaskini terma dan syarat yang terkini. Terma dan syarat ini, yang mungkin akan dipinda dari masa ke semasa oleh Suffy Dairy, akan diguna pakai untuk mana-mana peruntukan atau perwakilan yang terkandung di dalam mana-mana komunikasi pengenalan faedah atau bahan-bahan promosi yang lain oleh Suffy Dairy kepada ahli kelab.
  13. Dengan pendaftaran sebagai ahli kelab, ahli kelab telah dianggap bersetuju dan memberi persetujuan kepada pengumpulan, pemprosesan (termasuklah pemindahan data peribadi ke luar Malaysia), penggunaan, pendedahan dan penyimpanan data peribadi anda oleh Suffy Dairy dalam memudahkan dan menguruskan keahlian kelab dan faedah kelab mereka.
  14. Sehingga pada tahap yang dibenarkan oleh undang-undang, Suffy Dairy  menyatakan pengecualian dan penafian mana perwakilan, jaminan atau sokongan, secara tersirat atau tersurat, penulisan atau pertuturan, untuk kesemua produk bukan milik Suffy Dairy dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan sebagai sebahagian keahlian kelab. Kesemua risiko, kehilangan, kerosakan dan/atau kecederaan yang berkaitan dengan penggunaan produk-produk yang tersebut dan/atau perkhidmatan akan ditanggung oleh ahli kelab.