1. Tahukah anda pengambilan air yang mencukupi amatlah penting dalam tubuh badan . Ia membantu organ dalaman untuk berfungsi dengan baik sekali untuk memastikan kelancaran proses penghadaman, pencernaan makanan  serta produksi susu badan. Lebih elok jika ibu menyusu boleh minun setiap jam di luar waktu puasa sediakan juga segelas bagi setiap kali sebelum dan selepas mengepam.
  1. Pengambilan makanan yang seimbang juga amat penting ketika anda bersahur. Hal ini kerana pengambilan makanan tinggi protein seperti ikan semasa sahur dan berbuka boleh menghindari masalah low milk supply berpuasa. Menurut Pemakanan Malaysia ibu juga digalakan mengambil lebih banyak karbohidrat kompleks (contohnya bijirin penuh, kacang , biji-bijian out, sayuran hijau dan buah-buahan) kerana ia membekalkan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang hari berbanding makanan lain.
  1. Sebenarnya lagi lebih banyak bayi menyusu , lebih banyak ibunya akan menghasilkan susu. Ia dipanggil faktor “rangsangan hisapan”. Jika ibu–ibu berkerja, ibu-ibu mesti tetap patuhi jadual mengepam seperti biasa supaya sentiasa ada demand terhadap  susu ibu. Dalam kesibukan bersahur juga, jangan lupa mengepam keranan pada waktu tersebut kadar hormon prolaktin tinggi.Maka kualtiti susu juga biasanya lebih “meriah” berbanding waktu lain.
  1. Istirehat yang cukup juga amat penting bagi ibu yang menyusu kerana apabila ibu yang menyusui akan terasa lemah tubuh badannya dan akan menyebabkan tidak mempunyai tenaga yang mencukupi. Oleh itu istirehat yang mencukupi akan memulihkan keadaan fizikal tubuh badan dan menjadi lebih bertenaga sepanjang hari  ketika berpuasa.
  1. Perbanyakan minum air kosong ketika anda berbuka dan sahur.  Elakkan pengambilan minuman  berkafien yang boleh menyebabkan kekurangan air dalam tubuh badan terutama bagi ibu yang menyusukan bayi.

      P/S: SUMBER RUJUKAN:

      SIRAPLIMAU (famili moden hidup sihat)